Wednesday, March 2, 2011

it's mine XD

This mine now!! (Mine is black) tehee.. terima kasih tak terhingga untuk my beloved ibu dengan ayah.. appreciated it very² much!! :)

Friday, December 31, 2010

salam kawan-kawan yang tersayang..
ok.. aku pun tak tahu macam mana nak bulakan entri aku ni.. al maklumlah aku nie masih lagi baru dalam dunia blog.. eheh ok, tujuan entri aku kali ini adalah aku hendak mengucapkan tahniah kepada semua kawan2 aku yang telah berjaya dalam keputusan peperiksaan. Dan tahniah kepada diri aku.. :)

al-kisahnya aku baru je balik dari office (TMpoint) dan kononnya nak rehat la sekejap sambil melayari facebook. buka-buka jadi stalker jap, tengok-tengok page orang then zapp "keputusan sudah boleh disemak" posted by intelligent man muaz mohamad. Ok, aku da terkedu da waktu tu, sambil menggigil tangan dan jantung berdegup ibarat konsert sure heboh, aku pun klik la link tu.. fuuh, sabar yana.. tangan da menggigil habis nih..puluh-puluh.. cubaan pertama gagal, ish tertinggal 1 nombor id.. masuk balik then

                                                                              Alhamdulillah Ya ALLAH, hamba-Mu bersyukur

haha, yang kelakarnya aku punmelompat-lompat la macam orang gila pergi ke tengah rumah sambil melompat-lompat mengangkat tangan (ibarat si fanatik bola).. haha ayah aku punya la terkejut, muka dier cuak ok.. (aku rasee dier ingat aku kena histeria la..) then aku cakap 4 flat(sambil tunjuk angkat 4 jari aku) ape? mereka tak faham.. adik aku da tengok pelik, mak aku kat dalam bilik kuar, atuk aku pun join sekali..pastu aku cakap sambil air mata meleleh kuar "adik dapat 4 flat" sambil berlari masuk bilik nak tengok result aku.. haha drama gila.. mak aku, ayah aku pun join ikut dan aku dihadiahkan ciuman dari ibu dan tepukan dari ayah serta tahniah dari adik-adikku..  menggigil gilak tangan aku, ibarat penagih tegar yang da setahun tidak bertemui dadah.. aku puncall ekin x angkat, call budak comei tak angkat.. fuuh, then ieka msg dan aku berkongsi kegembiraan dengan dier.. tq kaka.. <3 dan terima kasih ibu dan ayah hadiahkan kereta baru kat adik.. sayang banyak alam kat korang.. dan terima kasih kepada semua yang mebgucapkan tahniah kepada diri ini.. TAHNIAH untuk korang jugak.. kalin semuanya HEBAT..

so, aku nak mengucapkan terima kasih sesangat-sangat kepada semua kawan-kawan aku yang tersayang nie sebab dengan pertolongan merekalah yang membolehkan aku sampai ke tahap ini.. L.O.V.E korang semua ketat-ketat. to syamimi haziqah si gadis kecil yang amat menawan hati tahniah sayang dengan pencapaian anda.. saya bangga dengan anda.. To fatin rahmat si gadis bersuara merdu tahniah untuk kamoo juga sayang.. to pakar suri rumah tangga dieba, si gadis garang yang manja t-rex , kakak yang penyanyang ekin dan melody blur yang sangat pandai tahniah untuk korang jugak ! untuk mrs bear jugak yang setia menjadi ahli kumpulanku.. :)


p/s - arghh, diri ini betul-betul merindui kalian lah.. <3 <3 <3

Friday, December 24, 2010

Salam kawan-kawan,

hurm, da pukul 1.25 pagi tapi aku masih tak tido.. eheh takpelah sebab besok tak yah masuk keje.. CUTI.. Yahoo.. dulu sebelum aku merasai pengalaman berkerja ni, aku ingat bekerja itu seronok. tidak perlu fikir pasal assignment yang menimbun² tinggi ke langit ataupun test² dan kuiz² yang mengundang ketensionan.. TAPI heheh indah khabar dari rupe, tempat keje memang BEST tapi masalaahnya sekarang tak ada masa nak tido.. heh, tersengguk² la macam burung belatuk.berbeza dengan waktu belajar yang balik kelas terus terkulai.. skang nih kena amalkan minum nescafe pagi-pagi supaya tak nak mengantuk walaupun akan sakit perut sangat lepas minum.. :( Ye, tapi saya akan tetap mengadapi semua ini dengan tabah.. yes liyana.. S.A.B.A.R itu penting. Jangan nak memanjakan diri anda ye.. Cuba bayangkan yang kerja pagi sampai malam. Hang nie kira beruntung ok Yana? (bermonolog dengan diri sendiri itu amat penting eh kawan-kawan) :D ok lah, den tak tau mau merapu menda da.. N yes to my kawan-kawan yang semuanya comei-comei belaka tahap petala kelapan - Ye, aku RINDU korang! <3

Thursday, December 23, 2010

Salam kawan-kawan,
Aku rasa memang da lumrah alam kot manusia semua nak perfect and cantik. Berkulit putih baru cantik, tinngi lampai baru menarik, kurus barulah cantik. Kalau itu apa yang mereka nak, then ape gunanya kata-kata yang cantik itu subjektif? kenapa rata2 manusia menyatakan bahawa seolah-olah cantik itu objektif? kalau macam tu adil ke?

 " Beauty is a characteristic of a person, animal, place, object, or idea that provides a perceptual experience  of pleasure, meaning, or satisfaction" - a trusted source

 ha, cuba hang bagitau kat cik tang mane yang hang jumpa perkataan kurus, tinggi, putih, hidung mancung and bla..bla..blaa? cuba la cari kat mana-mana dictionary yang bagi definasi putih, kurus tinggi dan yada yada tu adalah cantik? Jadi kawan-kawan, mana kita dapat hak untuk kata seseorang tu cantik ataupun tak? dia tak cantik pada pandangan mata kita tapi dia cantik pada pandangan orang lain. Naomi Campbell tu, bagi aku dia biasa sahaja tapi bagi mereka? Dia sangat cantik.

                     Beauty is in the eye of the beholder
jangan sesedapnye mengutuk mereka tidak cantik hanya berdasarkan pandangan kita kerana ada yang berpendapat bahawa mereka itu cantik ! Jangan ingat kita cantik hanya kerana beberapa pujian kerana ada yang beranggapan kita hanya insan biasa sahaja!

Monday, December 20, 2010

Dengan Bangganya..

Ok, kini dengan bangganya saya hendak memaklumkan kepada cik Syamimi Haziqah dan Fatin Rahmat (dua manusia comey yang rajin menyuruh saya untuk membuat blog) yang bahawasanya saya TELAH membuat blog! ngee. Walaupun belum sebagus dan secomei blog kawan-kawan ku yang lain! saya akan berusaha! GANBATTE :) kawan-kawan tolong saya ok? >.<

 
coretan.repekan.bebelan - Templates para novo blogger 2007